TAWAU: Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching, meminta majikan agar memberi ruang dan peluang kepada pelajar lepasan pendidikan khas untuk menonjolkan kemahiran dan kebolehan mereka dalam pelbagai bidang pekerjaan.

Beliau berkata, pelajar lepasan pendidikan khas berkenaan seharusnya tidak dipinggirkan dalam lapangan pekerjaan kerana mereka juga berupaya memberi sumbangan mengikut tahap kemampuan masing-masing.

"Terdapat pelajar pendidikan khas ini mempunyai bakat yang boleh ditonjolkan antaranya bermain piano, menyanyi dan lain-lain. Jadi kita berharap mereka ini juga mendapat perhatian para majikan selepas tamat sekolah," katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Bersama Ibu Tunggal dan Anak-Anak Istimewa Bersempena Bulan Ramadan dan Hari Bapa 2015 di Dewan Al-Farabi, SMK Kuhara di sini hari ini.

Katanya, Kementerian Pendidikan tidak pernah mengabaikan kebajikan pelajar pendidikan khas malah mereka sentiasa diberi perhatian dalam usaha memperkasa mereka.

Katanya, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), terdapat bab khas yang memberi tumpuan dan bantuan berkaitan pembelajaran dan kemudahan yang lebih selesa kepada pelajar pendidikan khas berkenaan.

Mary Yap berkata, bab berkenaan turut merangkumi usaha mempertingkat latihan para guru terlibat agar dapat memberi pembelajaran yang berkesan kepada para pelajar pendidikan khas.

Mengenai majlis itu, beliau berkata kebajikan anak-anak istimewa dan ibu tunggal sentiasa mendapat perhatian untuk diberi bantuan.

"Mereka ini perlu dibantu khasnya ketika bulan Ramadan bagi meringankan beban mereka dan dapat menceriakan hidup mereka sedikit sebanyak," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan turut menyediakan kursus tertentu untuk ibu tunggal yang dapat membantu mereka menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

Pada majlis itu, seramai 169 orang terdiri daripada ibu tunggal dan anak-anak istimewa serta warga tua menerima bantuan berupa wang ringgit dan barangan makanan.

- BERNAMA

Sumber: Berita Harian
Pada setiap tahun, pihak sekolah sentiasa merangka program tahunan yang menarik, terbaik dan bermanfaat kepada murid – murid sebagai langkah dan usaha berterusan pihak sekolah dalam meningkat dan membangunkan modal insan murid – murid pendidikan khas di sekolah ini. Antara program – program yang telah dirangka  adalah seperti berikut:-
  • Program Terapi Renang
  • Program Terapi Kuda
  • Program Terapi Boling
  • Majlis Sambutan Hari Lahir Murid
  • Program  – Program Panitia
  • Belajar Sambil Melawat


Matlamat
Konsep PRISMA diilhamkan bagi menggariskan satu hala tuju yang jelas ke arah melonjakkan keberkesanan pengurusan PPKI di negeri Perak dalam Sistem Pendidikan Negara dengan satu matlamat iaitu ‘KEMENJADIAN MURID’. Ini selaras dengan moto Jabatan Pelajaran Perak iaitu ‘Perak Sentiasa di Puncak Kecemerlangan’.

Objektif
1. Menaikkan imej PPKI,
2. Menghasilkan suatu pembaharuan yang bermanfaat untuk semua,
3. Perkongsian pintar dengan komuniti setempat, dan
4. Mewujudkan hubungan profesional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Domain
Matlamat dan objektif PRISMA yang digariskan dapat dicapai melalui perlaksanaan dan penghayatan empat (4) domain berikut :
1. Kepimpinan
2. Inovasi
3. Hubungan Komuniti
4. Jalinan dan Jaringan

Kepimpinan 
Domain Kepimpinan bertujuan untuk mencapai objektif yang pertama iaitu ‘Menaikkan Imej PPKI’. Kepimpinan yang berwibawa dapat menyatukan sesebuah organisasi. Sesebuah organisasi yang bersatu akan menjadi teguh dan dapat mengharungi sebarang cabaran yang mendatang. Kepimpinan yang terserlah mesti menunjukkan sifat-sifat seperti di bawah :
1. Visi dan Misi yang jelas,
2. PPKI yang berwatak,
3. Matlamat dan Strategi Kerja yang sistematik,
4. Ideayang kreatif,
5. Kemahiran penyelesaian masalah yang tinggi,
6. Pengurusan sumber yang efisien, dan
7. Kepimpinan melalui teladan.

Inovasi 
Domain Inovasi bertujuan untuk mencapai objektif yang kedua iaitu ‘Menghasilkan Suatu Pembaharuan Yang Bermanfaat Untuk Semua’. Hanya dengan inovasi, sesuatu yang lazim dapat diberikan kelainan melalui pendekatan, pandangan dan pemikiran secara ‘out-of-the-box’. Dalam konteks PPKI, inovasi adalah berfokuskan kepada bidang-bidang yang berikut iaitu :
1. Pengajaran dan Pembelajaran yang aktif dan efektif,
2. Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang kreatif mengikut keperluan murid, dan
3. Program-program khusus yang menjurus ke arah kemenjadian murid.

Hubungan Komuniti 
Domain Hubungan Komuniti bertujuan untuk mencapai objektif yang ketiga iaitu ‘Perkongsian Pintar Dengan Komuniti Setempat’. Institusi pendidikan yang formal iaitu sekolah hanya dapat menyediakan perkhidmatan kepada murid pendidikan khas dalam persekitaran persekolahan sahaja. Rangkaian kerjasama dua hala yang erat di antara sekolah, ibu bapa/penjaga, masyarakat, badan kerajaan & badan bukan kerajaan (NGO) dapat memperluaskan persekitaran sedia ada yang dapat membina individu yang menyeluruh selaras dengan ‘Falsafah Pendidikan Negara’ dan ‘Falsafah Pendidikan Khas’.

Jalinan dan Jaringan 
Domain Jalinan dan Jaringan bertujuan untuk mencapai objektif yang keempat iaitu ‘Mewujudkan Hubungan Profesional di peringkat Kebangsaan Dan Antarabangsa’. Dalam era dunia tanpa sempadan dan kemajuan teknologi siber, pelbagai maklumat dan aktiviti dapat dirancang dan dilaksanakan secara global hingga ke peringkat antarabangsa. Kewujudan komuniti siber yang meluas telah membuka ruang dan peluang untuk kecapaian pelbagai informasi secara mudah dan tepat di hujung jari. PPKI negeri Perak perlu seiringan dengan perkembangan yang berlaku dengan memperluas dan memperkembangkan skop jalinan dan jaringan hingga ke peringkat antarabangsa.

 AKTIVITI KOKURIKULUM

Pelaksanaan: Setiap Rabu (1.00 petang - 2.00 petang)
 
Unit Beruniform - Pengakap

Persatuan - Persatuan Agama Islam

1M1S - Boling, Petanque
Penasihat
Pengerusi
Setiausaha
Bendahari
Penyelaras Data
Penyelaras Kokurikulum
Masalah - Bilangan
WAKTU PERSEKOLAHAN
TAHAP 1
  • Isnin – Khamis ( 7.40  pagi – 12.00 tengah hari)
  • Jumaat (7.40 pagi – 12.00 tengah hari)
TAHAP 2
  • Isnin – Khamis (7.40 pagi – 1.00 petang)
  • Jumaat (7.40 pagi – 12.00 tengah hari)
Olahraga


Nasyid


Futsal
Tahun 2003
  1. Pembukaan program pada 17 Februari 2003.
  2. Pn. Samsiah bt Hussain (penyelaras) dan En. Khalil b. Khalid merupakan tenaga pengajar terawal.
  3. 7 orang murid pertama mendaftar di PPKI.
Tahun 2004 
  1. Bilangan murid menjadi 11 orang.
Tahun 2005
  1. Bilangan murid 14 orang (10 lelaki, 4 perempuan)
  2. 2 kelas; Delima dan Zamrud - pembahagian kelas berdasarkan kemahiran murid dalam penguasaan BM dan Matematik

Tahun 2013
Penolong Kanan Pendidikan Khas baru, En. Bajuri b. Johari

Tahun 2015
Kini, PPKI SK Bukit Balai mempunyai 30 orang murid berkeperluan khas, seorang Penolong Kanan, 8 orang guru dan 4 orang Pembantu Pengurusan Murid.