Matlamat
Konsep PRISMA diilhamkan bagi menggariskan satu hala tuju yang jelas ke arah melonjakkan keberkesanan pengurusan PPKI di negeri Perak dalam Sistem Pendidikan Negara dengan satu matlamat iaitu ‘KEMENJADIAN MURID’. Ini selaras dengan moto Jabatan Pelajaran Perak iaitu ‘Perak Sentiasa di Puncak Kecemerlangan’.
Objektif
1. Menaikkan imej PPKI,
2. Menghasilkan suatu pembaharuan yang bermanfaat untuk semua,
3. Perkongsian pintar dengan komuniti setempat, dan
4. Mewujudkan hubungan profesional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Domain
Matlamat dan objektif PRISMA yang digariskan dapat dicapai melalui perlaksanaan dan penghayatan empat (4) domain berikut :
1. Kepimpinan
2. Inovasi
3. Hubungan Komuniti
4. Jalinan dan Jaringan
Kepimpinan
Domain Kepimpinan bertujuan untuk mencapai objektif yang pertama iaitu ‘Menaikkan Imej PPKI’. Kepimpinan yang berwibawa dapat menyatukan sesebuah organisasi. Sesebuah organisasi yang bersatu akan menjadi teguh dan dapat mengharungi sebarang cabaran yang mendatang. Kepimpinan yang terserlah mesti menunjukkan sifat-sifat seperti di bawah :
1. Visi dan Misi yang jelas,
2. PPKI yang berwatak,
3. Matlamat dan Strategi Kerja yang sistematik,
4. Ideayang kreatif,
5. Kemahiran penyelesaian masalah yang tinggi,
6. Pengurusan sumber yang efisien, dan
7. Kepimpinan melalui teladan.
Inovasi
Domain Inovasi bertujuan untuk mencapai objektif yang kedua iaitu ‘Menghasilkan Suatu Pembaharuan Yang Bermanfaat Untuk Semua’. Hanya dengan inovasi, sesuatu yang lazim dapat diberikan kelainan melalui pendekatan, pandangan dan pemikiran secara ‘out-of-the-box’. Dalam konteks PPKI, inovasi adalah berfokuskan kepada bidang-bidang yang berikut iaitu :
1. Pengajaran dan Pembelajaran yang aktif dan efektif,
2. Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang kreatif mengikut keperluan murid, dan
3. Program-program khusus yang menjurus ke arah kemenjadian murid.
Hubungan Komuniti
Domain Hubungan Komuniti bertujuan untuk mencapai objektif yang ketiga iaitu ‘Perkongsian Pintar Dengan Komuniti Setempat’. Institusi pendidikan yang formal iaitu sekolah hanya dapat menyediakan perkhidmatan kepada murid pendidikan khas dalam persekitaran persekolahan sahaja. Rangkaian kerjasama dua hala yang erat di antara sekolah, ibu bapa/penjaga, masyarakat, badan kerajaan & badan bukan kerajaan (NGO) dapat memperluaskan persekitaran sedia ada yang dapat membina individu yang menyeluruh selaras dengan ‘Falsafah Pendidikan Negara’ dan ‘Falsafah Pendidikan Khas’.
Jalinan dan Jaringan
Domain Jalinan dan Jaringan bertujuan untuk mencapai objektif yang keempat iaitu ‘Mewujudkan Hubungan Profesional di peringkat Kebangsaan Dan Antarabangsa’. Dalam era dunia tanpa sempadan dan kemajuan teknologi siber, pelbagai maklumat dan aktiviti dapat dirancang dan dilaksanakan secara global hingga ke peringkat antarabangsa. Kewujudan komuniti siber yang meluas telah membuka ruang dan peluang untuk kecapaian pelbagai informasi secara mudah dan tepat di hujung jari. PPKI negeri Perak perlu seiringan dengan perkembangan yang berlaku dengan memperluas dan memperkembangkan skop jalinan dan jaringan hingga ke peringkat antarabangsa.

Prisma downloadhelps you to unharness your inner artist, with a diffusion of filters, image effects, and backgrounds to select from. Downloading and installation are easy and loose, no matter what Android app you select to apply.
ReplyDelete