Latihan ke tandas adalah proses biasa yang dilalui oleh kanak-kanak. Kesediaan untuk ke tandas tidak berlaku secara automatik selari dengan peningkatan usia kanak-kanak tersebut. Permulaan untuk ke tandas bergantung kepada faktor fizikal dan emosi seorang kanak-kanak itu.
Apa itu latihan ke tandas?
Latihan ke tandas merupakan salah satu aktiviti harian yang asas yang perlu dilalui oleh semua kanak-kanak bagi menggalakkan keberdikariaan. Latihan ke tandas juga membantu kanak-kanak untuk belajar supaya sentiasa berada di dalam keadaan kering dan bersih.
Kepentingan Latihan ke Tandas kepada Kanak-kanak
Ianya penting untuk perkembangan kanak-kanak supaya mereka sentiasa berada dalam keadaan selesa, kering dan bersih. Adanya latihan ke tandas, pada umur 2 hingga 2½ tahun kanak-kanak boleh dilatih untuk menjaga dirinya berada dalam keadaan kering dan bersih. Manakala bagi kanak-kanak yang tiada latihan, pada umur 4 tahun sahaja mereka mungkin boleh berada dalam keadaan kering dan bersih.
Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang kurang upaya pula memerlukan bantuan latihan untuk menjadikan mereka lebih berdikari tanpa meminta bantuan pertolongan daripada sesiapa.
Cara memberi latihan kepada kanak-kanak yang normal dengan kanak-kanak yang kurang upaya adalah berbeza kerana melatih kanak-kanak yang kurang upaya memerlukan kesabaran yang tinggi dan perlu mengambil masa yang panjang. Dan apa yang penting adalah sokongan dan dorongan yang tidak pernah putus untuk mereka supaya boleh lebih berdikari sendiri.
Kenapa kanak-kanak tidak mampu untuk ke tandas?
- Mempunyai perkembangan mental yang lambat dan juga menghadapi masalah fizikal.
- Ibu bapa/penjaga tidak menyediakan keperluan yang diperlukan dan juga memberikan latihan kepada anak.
- Kanak-kanak tidak mampu untuk mengawal pundi kencing mereka.
- Tidak mendengar ataupun memahami arahan yang ringkas.
0 comments:
Post a Comment